SKUADRON 501

The Eyes and Ears of the Fleet                    

                                                                                                                                                                  

TANGKAS & BERBISA

SKUADRON 501            

Pangkalan TLDM

32100 LUMUT

Perak Darul Ridzuan

   

SEJARAH SKUADRON 501


TLDM telah melangkah ke satu dimensi yang baru di dalam pertahanan Perairan negara dengan pembelian 6 buah helikopter terpakai WASP HAS Mk I dari Royal Navy buatan Agusta Westland pada tahun 1988.  Seterusnya TLDM telah menambah 6 buah lagi helikopter jenis sama pada tahun 1992 menjadikannya 12 buah helikopter di dalam inventori TLDM. Helikopter ini pada asasnya digunakan oleh Royal Navy sebagai pembawa torpedo untuk meningkatkan jarak penembakan torpedo sesebuah kapal.  Walaupun dengan kemampuan helikopter ini yang terhad, TLDM telah berjaya memaksimumkan penggunaannya sebagai helikopter bantuan di dalam Armada TLDM.  Ia digunakan untuk menambah jarak pengesanan sesebuah kapal, melaksanakan evolusi Winching dan pengangkutan kargo untuk memindah anggota, bekalan dan sebagainya.
 

Pembelian 12 buah helikopter ini telah memberikan satu pengalaman baru di dalam TLDM dan berjaya mendewasakan Cawangan Udara TLDM (CUT).  Ia juga merupakan satu persediaan untuk memberi pengalaman dan kemahiran kepada Juruterbang, Kuartermaster Udara dan Teknisyen Udara untuk menghadapi cabaran pertahanan ruang udara maritim negara. Cadangan perolehan helikopter FENNEC telah dimajukan oleh CUT kepada Markas Tentera Laut (MTL) pada tahun 2000, sebelum dimajukan kepada pihak kerajaan untuk persetujuan dan rundingan lanjut.  Pada asasnya, perolehan helikopter FENNEC telah dicadangkan semasa projek perolehan helikopter SUPER LYNX telahpun bermula di United Kingdom di mana TLDM telah mula menerima pesawat ini pada pertengahan tahun 2004. 

                  

Helikopter FENNEC diperlukan sebagai helikopter interim bagi menggantikan helikopter WASP yang telah uzur dan telah ditamatkan perkhidmatannya pada Januari 2001. Helikopter ini bertujuan sebagai helikopter latihan yang akan melatih Juruterbang, Kuartermaster Udara dan Teknisyen Udara sebagai satu penyediaan kepakaran asas operasi maritim sebelum diserapkan ke helikopter SUPER LYNX yang lebih canggih serta memerlukan krew yang berpengalaman serta terlatih untuk mengoperasikan pesawat tersebut.

                                                                                                                                           
Tim Projek Helikopter SUPER LYNX (TPHSL) telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan seterusnya dihantar ke United Kingdom (UK) untuk memantau perkembangan projek tersebut. Keseluruhan projek ini telah mengambil masa selama 42 bulan untuk disiapkan.  Manakala kumpulan pertama anggota senggaraan telah dihantar ke frima pembuat di UK pada tahun 2002 untuk menjalani kursus asas berkaitan helikopter SUPER LYNX MK 100. Pada awal tahun 2003, TLDM telah menghantar 4 orang Juruterbang, 2 orang Pegawai Kejuruteraan Udara dan 3 orang Pegawai Taktikal Udara untuk menjalani latihan pengendalian pesawat SUPER LYNX yang dikendalikan oleh Westland Helicopter Limited (WHL).

                   
SUPER LYNX MK 100 pertama telah diterima pada 03 Mac 2003 dan 5 buah lagi telah diterima secara berperingkat dan yang terakhir pada bulan Jun 2004 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6 buah pesawat.  Skuadron 501 telah dirasmikan pada 9 Ogos 2004 oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada masa itu. Pangkalan Udara TLDM LUMUT telah menjadi home base kepada Skuadron 501.

 
Sehingga kini, helikopter SUPER LYNX MK 100 telah menjadi helikopter barisan hadapan TLDM dalam operasi penerbangan maritim dan juga operasi penerbangan lain yang berkaitan.
 
* Keterangan lanjut boleh dilihat di SUPER LYNX MK 100                

Recent Videos

739 views - 1 comment
601 views - 0 comments
576 views - 2 comments
594 views - 0 comments